Sunday 9 November 2014

Sardin Goreng


Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera..

hari ni nak kongsi resepi.. hahaha... kita ni mana reti masak.. Masak semua simple simple je, tapi, ehhh.. ada jugak orang teringin ye ? akakakkaka. 


Sukati lah nak panggil masakan ni apa ye.. kita kat rumah sebut goreng sadin je.. :) Ia sangat best dimakan dengan nasik atau roti canai. Pehhsss

Goreng Sardin

Bahan-Bahan

dua tin kecik ikan sardin 
2 ulas Bawang kecik
2 ulas Bawang putih
Halia sikit

Kicap
1/2 bijik Bawang besar
1 bijik Lada besar
Lada kecik (sukati)
sedikit asam jawa atau asam keping


Cara-caranya

Keluarkan sardin dari tin. (err.. hahaha.. itu kena cakap jugak ke?)
 

Asingkan sardin dengan sosnya. Gorengkan sardin terlebih dahulu. Tahap kegaringan terpulang kepada citarasa sendiri. Harus berhati-hati kerana sardin tersebut meletup-letup. ambillah langkah langkah keselamatan. Dah goreng, ketepikan

Tumbuk bawang kecik, bawang putih dan halia. Kalau suka pedas masukan lada kecik. Tumiskan.

Masukkan sos sardin dan sedikit air. Kemudian kicap dan sedikit asam jawa atau sekeping
asam keping.  

Perisakan dengan apa-apa yang patut. (garam, gula atau mak aji.. sukatilah)

Setelah terpesona dengan rasanya, masukan sardin yang dah digoreng serta hirisan bawang besar dan lada besar.

Siap.

Selamat mencuba... :)












2 comments:

  1. Ok..aku teruja.. Betol da apa yg aku buat aritu.. Nt blh buat lg sbb anak2 aku pun da suka ngan sadin kicap ni.. Mabelesss... Tq sahabat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak aku pun feveret jugak... tulang sardin je dia bagi aku.. hahaha
      thanks sahabat .. sebab jadi first member and komen dalam blog yang tidak sepertinya ini.. ekekekekek

      Delete

klik disini